Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Prestasi Flour Mill (M) > Roti > Roti Ban Manis
Roti Ban Manis
Bahagian Part A:
450 g Tepung Roti Golden Horse tanpa pemutih
5g penambahbaik roti
6 g garam
70 g gula halus
5 g yis segra
210 g air
Bahagian Part B:
70 g butter or margarine
Cara-Cara :
- Masukan bahan-bahan Bahagian A ke dalam mangkuk pembancuh, dan putar selama 2 minit pada kelajuan rendah, dengan pencangkuk doh.
- Tambah bahan-bahan Bahagian B dan putar selama 2 minit lagi pada kelajuan rendah sehingga sekata. Sambung degan kelajuan tinggi sehingga adunan doh matang. Ini akan memakan masa 8 – 10 minit bergantung kepada peralatan mesin.
- Bulat dan rehatkan doh selama 15 minit. Sementara menunggu, sapu sedikit mentega di pemukaan dulang roti (30cm x 30cm x 5cm).
- Bahagikan doh sebanyak 50g setiap satu supaya mendapat sebanyak 16 doh. Bulat dan susun doh ke dalam dulang. Rehatkan doh selama 1 jam atau saiz membesar 2 kali ganda dari saiz asal, pada suhu bilik. Semasa merehatkan doh, pastikan bahagian atas dulang ditutup dengan kain lembab supaya doh tidak senang kering. Elakkan doh dari tersentuh kain kerana doh akan melekat pada kain.
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu, pada 180 - 200°C. Beruskan sedikit telur diatas permukaan dan masukan ban ke dalam ketuhar dan bakar selama 18 – 20 minit atau sehingga ban berwarna kuning keemasan.
- Keluarkan ban dari dulang dan biarkan ia sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan.